Indeks Persepsi Rasuah 2011


Kepentingan untuk membentuk pimpinan yang lebih baik perlu diberi perhatian




Masyarakat membantah rasuah sewenang-wenangnya dan ketidakstabilan ekonomi telah memberi gelombang impak di seluruh dunia dalam tahun 2011. Hal ini membangkitkan rasa protes masyarakat di setiap negara dan pantas tersebar sekaligus menyatu padukan semua peringkat sosial yang menentang isu ini. Walaupun dari latar belakang yang berbeza, tetapi mesej yang ingin disampaikan adalah sama iaitu kepentingan ketelusan dan akauntabiliti daripada pemimpin.





Berdasarkan Indeks Persepsi Rasuah 2011, terbukti masyarakat berhak merasakan ketidakpuasan hati dan protes mereka. Tiada negara di dunia ini yang terlepas dari bahaya rasuah ini, majoriti daripada 183 negara telah dinilai dengan mata di bawah 5 daripada skala 0 (rasuah tertinggi) hingga 10 (rasuah terendah), New Zealand, Denmark dan Finland adalah tiga negara yang berada di senarai teratas, manakala North Korea dan Somalia sama-sama berada di senarai terendah. Malaysia pula kini berada di skala 4.3. Indeks Persepsi Rasuah menilai negara-negara terlibat berdasarkan kepada setiap rasuah yang dilihat berlaku di peringkat sektor awam. Ini adalah petunjuk agregat yang menyatukan kepelbagaian sumber informasi berikutan rasuah bagi tujuan perbandingan dilakukan.

Indeks 2011 ini juga membawa kepada penilaian dan tinjauan pendapat daripada institusi-institusi bebas dan berpotensi. Kaji selidik serta penilaian ini merangkumi soalan yang bersangkut paut dengan rasuah oleh pegawai awam, sogokan diperolehan awam, menggelapkan dana awam dan keberkesanan usaha ke arah anti-rasuah di kalangan sektor awam. Persepsi digunapakai kerana sebahagian besar rasuah adalah aktiviti tersembunyi yang sudah diukur. Dari masa ke semasa, persepsi terbukti untuk diterima pakai dalam penilaian gejala rasuah.

Pimpinan sektor awam yang meletakkan keutamaan kepada kepentingan rakyat adalah satu tanggungjawab yang merentasi semua sempadan. Kerajaan harus memimpin dan bertindak dengan sewajanya. Manakala masyarakat berhak untuk terus menuntut pimpinan yang lebih baik daripada kerajaan mereka. Semua pihak harus berganding bahu membanteras gejala rasuah dan iltizam daripada semua pimpinan khasnya bagi bersama-sama menangani rasuah  dengan mengambil tindakan awal dan melakukan anjakan paradigma dalam mengatasinya.