Tender



Tender No. 03 & 05/2011

Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) adalah sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti melombong dan menjual pasir di Negeri Selangor. KSSB akan membuka tapak-tapak operasi baru dan menjemput kontraktor-kontraktor yang berminat untuk menyertai lawatan tapak sebagai pra-syarat untuk menyertai tender dan sebutharga berikut:-

 

Tender No. 03/2011

Tender Bagi Melombong Pasir Di Atas Lot 1001 (PT 81), Mukim Sungai Tinggi, Daerah Hulu Selangor (Lombong BT01 – Bukit Tagar)

Tarikh Lawatan Tapak:              14hb Disember 2011

Waktu berkumpul/pendaftaran:  10.00 pagi hingga 10.30 pagi

Tempat Berkumpul:                  Kawasan Rehat Bersebelahan Plaza Tol PLUS Bukit Tagar (Exit 119)

 

Sebutharga No. 05/2011

Sebutharga Bagi Program Cucigali Sungai, Sungai Rinching, Mukim Beranang, Daerah Hulu Langat

Tarikh Lawatan Tapak:             15hb Disember 2011

Waktu berkumpul/pendaftaran: 10.00 pagi hingga 10.30 pagi

Tempat Berkumpul:                  Medan Letak Kereta, Tesco Semenyih

 

Tarikh Jualan Dokumen :          16hb, 19hb dan 20hb Disember 2011

Masa :                                    9.30 pagi hingga 5.00 petang


Tarikh Penghantaran Dokumen Tender: 9.00 pagi hingga 1.00 tghari, 21hb Disember 2011

Penyertaan lewat dan tidak lengkap akan ditolak.

Harga Dokumen T03/2011 : RM 150.00 senaskah (bayaran tunai)

Harga Dokumen S05/2011: RM 100.00 senaskah (bayaran tunai)

 

Lawatan tapak adalah wajib bagi melayakkan kontraktor-kontraktor menyertai tender dan sebutharga berkenaan. Kontraktor-kontraktor yang tidak menyertai dan mendaftarkan diri semasa lawatan tapak tidak layak untuk menyertai tender dan sebutharga tersebut.Peyertaan lawatan tapak, pembelian dokumen dan peyertaan tender dan sebutharga hendaklah atas nama syarikat yang sama.

Sila hadir dengan kenderaan yang bersesuaian, seelok-eloknya kenderaan pacuan 4 roda. Keselamatan peserta lawatan tapak adalah tanggungjawab peserta sepenuhnya.

 

Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (822993-H)

Tingkat 5, Bangunan Darul Ehsan

No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14

40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-5518 7735         Fax: 03-5518 7736

url: www.semesta.com.my

 

Pegawai bertugas :

Lombong BT01-Bukit Tagar

Encik Mohamad Bin Yahya (019-322 3067)

Sungai Rinching

Encik Kamaludin Bin A Wahid (016-331 4144)