Maklumat


LATAR BELAKANG

Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) adalah sebuah syarikat yang komited ke arah membudayakan integriti yang tertinggi dalam operasi perlombongan pasir. Dengan itu, KSSB dengan usahasama Transparency International (TI-Malaysia) sedang melaksanakan Sistem Integrity Pact (IP) ataupun dikenali sebagai Pakatan Integriti. Perlaksanaan IP yang akan berkuatkuasa pada 1 April 2012 akan diselaraskan dengan operasi perlombongan pasir.


APA YANG PERLU DILAKUKAN
  • Bertindak dengan cara yang adil dan telus dalam urusan perniagaan dengan KSSB
  • Melaporkan (whistleblow) kepada KSSB sekiranya mengesan sebarang aktiviti yang mencurigakan
  • Membida melalui proses tender yang telus dan sebuharga yang diperakui oleh KSSB
  • Mengishtiharkan apa jua bentuk konflik peribadi yang bakal wujud dalam urusan perniagaan dengan KSSB
  • Membekalkan maklumat operasi yang tepat dan lengkap kepada KSSB
  • Mematuhi syarat dan terma kontrak
  • Bekerjasama untuk memudahkan operasi pemantauan KSSB
  • Mewujudkan kesedaran membanteras rasuah di kalangan kakitangan syarikat
  • Menanggung sebarang bentuk penalti yang disenaraikan, sekiranya terbukti melanggar persetujuan IP

APA YANG DILARANG
  • Mewujudkan pakatan sulit dengan kontraktor lain dalam memanipulasi keperluan tender dan sebutharga
  • Merasuah kakitangan KSSB secara lansung atau tidak lansung untuk mempengaruhi operasi perlombongan
  • Beroperasi melepasi had kawasan yang dinyatakan dalam kontrak perlombongan
  • Menyembunyikan atau memberi maklumat operasi palsu kepada KSSB
  • Menyembunyikan konflik kepentingan yang bakal wujud dalam urusan perniagaan dengan KSSB
  • Menyulitkan operasi pemantauan KSSB
  • Melanggar syarat dan terma kontrak
  • Bersikap negatif terhadap kakitangan yang melapor salahlaku dan kegiatan rasuah kepada KSSB
  • Membiarkan salahlaku dan kegiatan rasuah berlaku dalam operasi perlombongan


APA DIA SALAHLAKU RASUAH

Beberapa bentuk kesalahan / salahlaku rasuah secara umum, melibatkan wang atau benda atau perkhidmatan dalam berurusan dengan pihak berkuasa KSSB seperti berikut :

1. Meminta atau menerima rasuah
Oleh individu atau perantara / ejen, sebagai dorongan atau upah untuk melakukan apa-apa jua berkenaan dengan transaksi atau urusan rasmi dengan pihak berkuasa

2. Menawar atau memberi rasuah
Oleh individu atau perantara/ejen, sebagai dorongan atau upah untuk melakukan apa-apa jua berkenaan dengan transaksi ata urusan rasmi dengan pihak berkuasa

3. Membuat tuntutan palsu

Oleh individu atau perantara/ejen, dalam mengemukakan suatu dokumen yang diketahu atau disedarinya mengandungi butiran palsu, berujuan mengelirukan atau memperdayakan pihak berkuasa, dan

4. Menyalahguna jawatan atau kedudukan
Oleh mana-mana pegawai awam yang menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapatkan imbuhan atau suapan agar membuat apa-apa keputusan atau mengambil apa-apa tindakan; dalam mana pegawai tersebut, saudara maranya atau sekutunya ada kepentingan secara lansung atau tidak lansung