TADBIR URUS

Lembaga Pengarah KSSB memantau dan mengawasi perancangan strategik, kewangan, operasi dan penilaian risiko syarikat. Lembaga Pengarah juga bertanggungjawab kepada sistem pengurusan risiko, kawalan dalaman dan melaksanakan semakan berkala ke atas sistem tersebut, termasuklah kawalan ke atas kewangan dan operasi syarikat dan pematuhan kepada undang-undang dan peraturan-peraturan berkaitan.

Jawantankuasa Eksekutif pula memastikan perlaksanaan strategi dan perancangan perniagaan yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah termasuklah pengurusan menyeluruh operasi syarikat.

Kami mempunyai Polisi Kualiti, Polisi Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran dan pelbagai lagi polisi yang disokong dan didokong oleh sistem pengurusan bagi mewujudkan budaya kerja cemerlang atau amalan kerja terbaik.

Selain dari itu, kami juga mewujudkan struktur organisasi yang jelas menggariskan terma, tanggungjawab, kelulusan bajet, had kuasa dalam membuat keputusan dan kelulusan, dan tender prosedur yang telus.