Untitled Document

Objektif Korporat

Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. ("KSSB") ditubuhkan sebagai organisasi yang menguruskan pengeksplorasian, pengekstrakan, pengeluaran dan penjualan pasir, bahan batuan dan sumber-sumber mineral di negeri Selangor untuk mengoptimumkan pulangan pemegang saham. Ditubuhkan pada 26 Jun 2008 dan berperanan sebagai peneraju utama dalam pembangunan sumber asli mineral di Negeri Selangor Darul Ehsan. KSSB komited menguruskan sumber asli mineral secara professional dengan memberi penekanan kepada:

1. Tadbir urus korporat yang baik;
2. Kecemerlangan operasi;
3. Pertumbuhan ekonomi;
4. Pembangunan masyarakat; dan
5. Kepentingan keselamatan, kesihatan dan persekitaran.

KSSB telah melancarkan tapak operasi pengeluaran pasirnya yang pertama di Lot 32546, Mukim Dengkil, Daerah Sepang pada 15 September 2008 yang telah dirasmikan oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor.

 

    .

×

Peringat!

MAKLUMAN PENTING: Kumpulan Semesta Sdn Bhd(KSSB) tidak pernah melantik atau memberi kuasa kepada mana-mana pihak ketiga untuk menjalankan sebarang transaksi bekenaan tender-tender bagi pihak KSSB dan KSSB tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang diberikan oleh pihak ketiga dan tidak akan menanggung apa-apa liabiliti berkenaan sebarang kesimpulan, kerugian atau kerosakan dalam apa jua bentuk yang telah ditanggung atau mungkin ditanggung oleh orang ramai yang berpunca daripada mereka bergantung atau menggunakan maklumat yang diberikan oleh pihak ketiga. Pihak awam dinasihatkan agar menghubungi JABATAN PEMASARAN (03-55187735 EXT 142 & 150) ATAU JABATAN KONTRAK DAN PEROLEHAN (03-55187735)