Menjadi Rakan Kongsi Kami

Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (" KSSB ") adalah anak syarikat milik penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan). KSSB ditubuhkan sebagai organisasi yang menguruskan pengeksplorasian, pengekstrakan, pengeluaran dan penjualan pasir, bahan batuan dan sumber-sumber mineral di negeri Selangor untuk mengoptimumkan pulangan pemegang saham. Ditubuhkan pada 26 Jun 2008 dan berperanan sebagai peneraju utama dalam pembangunan sumber asli mineral di Negeri Selangor Darul Ehsan.

Berasaskan Nilai Bersama "Mesra Pelanggan", KSSB sentiasa mengutamakan kepentingan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Keprihatinan dan fokus diberikan kepada rakan niaga dan kontraktor-kontraktor yang dilantik untuk operasi perlombongan pasir dan cucigali sungai. KSSB sentiasa mengadakan hubungan dan interaksi yang baik dan erat dengan semua Jabatan Teknikal berkaitan antaranya Pejabat Tanah Daerah, pihak berkuasa tempatan, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Mineral Dan Geosains, Jabatan Pengairan Dan Saliran, Lembaga Urus Air Selangar (LUAS), Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Perhutanan.

KSSB akan mengiklankan tender di akhbar-akhbar tempatan dan laman sesawang syarikat dari masa ke semasa.