Untitled Document

Objektif Korporat

Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. ("KSSB") adalah anak syarikat milik penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan). KSSB ditubuhkan sebagai organisasi yang menguruskan pengeksplorasian, pengekstrakan, pengeluaran dan penjualan pasir, bahan batuan dan sumber-sumber mineral di negeri Selangor untuk mengoptimumkan pulangan pemegang saham. Ditubuhkan pada 26 Jun 2008 dan berperanan sebagai peneraju utama dalam pembangunan sumber asli mineral di Negeri Selangor Darul Ehsan. KSSB komited menguruskan sumber asli mineral secara professional dengan memberi penekanan kepada:

1. Tadbir urus korporat yang baik;
2. Kecemerlangan operasi;
3. Pertumbuhan ekonomi;
4. Pembangunan masyarakat; dan
5. Kepentingan keselamatan, kesihatan dan alam sekitar.

KSSB telah melancarkan tapak operasi pengeluaran pasirnya yang pertama di Lot 32546, Mukim Dengkil, Daerah Sepang pada 15 September 2008 yang telah dirasmikan oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor.

 

    .