ERA BARU INDUSTRI PASIR SELANGOR



      Industri pengekstrakan pasir mampu memberikan pulangan yang agak besar kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi menjayakan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Menyedari potensi ini, Kerajaan Negeri telah menubuhkan syarikat Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) bagi mempelopori industri pasir dan bahan batuan serta mineral lain secara bersepadu. Adalah menjadi misi utama KSSB untuk menjayakan MES.

     KSSB telah melancarkan tapak operasi pengeluaran pasirnya yang pertama di Lot 32546, Mukim Dengkil, Daerah Sepang pada 15 September 2008 yang telah dirasmikan oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor. Lokasi ini akan menjadi model operasi pengeluaran pasir yang prihatin kepada industri pembinaan, alam sekitar dan rakyat. KSSB akan melancarkan operasi seperti ini di seluruh Selangor dalam masa terdekat.

Latest News

Kami ingin memaklumkan bahawa operasi penjualan pasir di semua tapak lombong KSSB akan DITUTUP pada hari berikut sempena cuti Hari Wesak.

TARIKH TUTUP : SABTU, 5 MEI 2012

Jualan di semua lombong-lombong KSSB akan BEROPERASI seperti biasa pada hari ISNIN, 7 MEI 201 ...

Kerajaan Negeri Selangor telah membuka permohonan melombong pasir di atas tanah persendirian berkuatkuasa serta merta. Kerajaan Negeri juga telah memutuskan yang permohonan hendaklah dibuat melalui KSSB

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang PM01 yang boleh di dapati di Pejabat KSSB pada waktu dan hari bekerja.


Latest Events


Pada hari Isnin, 26 Mac 2012  bertempat di SACC Convention Centre Shah Alam, satu majlis Menandatangani Pakatan Integriti antara KSSB bersama kontraktor telah berlansung dengan disaksikan oleh Y.A.B Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, Dato' Menteri Besar Selangor diiringi oleh Y.B Dato' Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawir, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Turut serta dalam majlis tersebut ialah Y.B Dato' Mohd Arif bin Ab. Rahman, Pegawai Kewangan Nege ...

Upcoming Events


Hari Keluarga KSSB 2012 akan diadakan:

Tempat : The Regency Tanjung Tuan, Port Dickson
Tarikh : 26 & 27 Mei 2 ...

Search